Dasar Privasi

Annur Time Table (Jadual Sekolah) oleh AnnurPro Solutions · Dikemas kini 01/11/2026 · Laman utama

Belum lengkap: isi support.email dalam config.js sebelum menggunakan halaman ini untuk Google OAuth.

1. Tentang aplikasi ini

Annur Time Table (Jadual Sekolah) ialah aplikasi web di annurtimetable.com untuk menyusun jadual waktu sekolah dan mengurus guru ganti (relief). Aplikasi berjalan sepenuhnya dalam pelayar anda. Pembekal tidak menyimpan data jadual sekolah anda.

2. Maklumat Google yang diakses

Jika anda memilih log masuk dengan Google, aplikasi meminta kebenaran berikut:

3. Data sekolah anda

Data seperti nama guru, subjek, kelas, jadual, ketidakhadiran dan agihan relief disimpan di dua tempat sahaja: dalam pelayar peranti anda, dan (jika anda sambungkan) dalam Google Sheet milik akaun Google anda. Data ini tidak dihantar kepada pembekal.

Pautan guru. Sheet "Jadual Guru" dikongsi sebagai "sesiapa yang mempunyai pautan boleh lihat" supaya guru boleh membuka jadual dan tugas relief tanpa log masuk. Ia mengandungi nama guru, jadual dan agihan relief sahaja, tanpa sebab atau catatan cuti dan tanpa kata laluan. Sesiapa yang memegang pautan itu boleh melihatnya, jadi kongsikan dalam kumpulan guru sahaja. Pentadbir boleh menukar perkongsian atau memadam Sheet ini pada bila-bila masa.

Kata laluan pentadbir tidak disimpan; hanya cincangan (hash) satu hala disimpan bersama data sekolah.

Survey dalam demo. Pelawat yang mencuba mod demo diminta menjawab survey ringkas. Jawapan (pilihan, skala dan teks bebas) dihantar kepada pembekal dan disimpan dalam satu Google Sheet pembekal bersama ID rawak, jenis pelayar dan tempoh menjawab. Kami tidak meminta nama, nombor telefon atau e-mel. Jangan tulis maklumat peribadi dalam ruang teks bebas. Data demo (guru, kelas, jadual contoh) ialah data rekaan dan tidak dihantar ke mana-mana.

Aplikasi ini direka tanpa memerlukan data murid. Sila jangan masukkan nombor kad pengenalan, alamat rumah atau maklumat sensitif lain.

4. Pelayan lesen

Untuk mengesahkan langganan, aplikasi menghantar token akses Google sementara kepada pelayan lesen kami. Pelayan menghantarnya kepada Google untuk mengesahkan e-mel anda, kemudian menyemak senarai pelanggan. Kami menyimpan: e-mel atau domain e-mel yang dilanggan, nama sekolah, jenis pelan (percubaan, bulanan atau tahunan), tarikh luput, tarikh percubaan percuma bermula, dan nombor pesanan bayaran BCL (untuk mengelak bayaran diproses dua kali). Bayaran diproses oleh BCL/Bayarcash; kami tidak menerima maklumat kad atau akaun bank. Log ringkas pemprosesan bayaran dipadam selepas 90 hari. Kami tidak menyimpan token anda dan tidak menerima sebarang data jadual.

5. Perkara yang tidak kami lakukan

Satu perkara untuk makluman: halaman aplikasi memuat fon daripada Google Fonts, jadi pelayar anda berhubung dengan pelayan Google semasa memuat fon tersebut.

6. Penggunaan data Google (Limited Use)

Penggunaan dan pemindahan maklumat yang diterima daripada API Google oleh aplikasi ini mematuhi Dasar Data Pengguna Perkhidmatan API Google, termasuk keperluan Limited Use.

7. Menarik balik akses dan memadam data

8. Undang-undang

Pengendalian maklumat peribadi guru (nama dan e-mel) dilakukan mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Malaysia). Pihak sekolah kekal sebagai pengawal data jadual yang mereka masukkan sendiri.

9. Perubahan dan hubungi kami

Jika dasar ini berubah, tarikh di atas akan dikemas kini.

Pertanyaan: (e-mel sokongan)
Pengendali: AnnurPro Solutions, Nibong Tebal, Pulau Pinang, Malaysia