Sistem untuk penolong kanan dan guru penyedia jadual: jana jadual tanpa pertembungan, agih guru ganti secara adil, dan hantar terus ke WhatsApp.


Bukan salah cikgu. Kerja ini memang rumit bila dibuat dengan tangan.
Guru ada dua kelas pada waktu yang sama, makmal diperlukan serentak, mesyuarat panitia terlanggar kelas.
Guru MC pukul 6.30 pagi. Siapa free? Siapa dah banyak relief minggu ni?
Fail Excel merata, jadual lama masih dipegang guru, cetakan yang tak sama.
Dibina untuk keadaan sekolah Malaysia: waktu berganda, kelas gabungan, panitia, GPK dan guru yang mengajar di dua tahap.
Masukkan guru, kelas dan subjek. Penjana menyusun jadual penuh tanpa guru, kelas atau bilik yang bertembung.

Petak yang boleh diletak ditanda hijau. Sistem tak benarkan pertembungan, jadi tak perlu risau rosakkan jadual.

Rekod MC, kursus atau cuti. Sistem pilih guru yang free dan paling kurang relief bulan ini, ikut peraturan sekolah anda.

Satu skrin untuk semua guru pada hari itu. Klik petak untuk terus pilih guru ganti, atau semak statistik agihan.

Mesej relief disusun siap untuk ditampal dalam kumpulan guru. Atau cetak slip untuk papan kenyataan, dan jadual dalam format sedia cetak atau Excel.

Kongsi satu pautan dalam kumpulan WhatsApp. Guru pilih nama, terus nampak jadual dan tugas relief masing-masing. Tiada akaun, tiada kata laluan.



Import senarai guru, subjek, kelas dan bilik terus daripada fail Excel. Atau tampal dari Excel, atau tambah sendiri. Sistem tunjuk pratonton sebelum apa-apa disimpan.

Kami tak simpan jadual atau data guru anda. Semuanya dalam Google Drive akaun pentadbir, jadi anda sentiasa pegang data sendiri.

Bina jadual tahunan, laras bila ada perubahan, urus relief setiap pagi dan lihat laporan kesaksamaan untuk mesyuarat.
Tengok jadual sendiri dan tugas relief di telefon, tanpa tunggu salinan cetakan atau tanya satu persatu dalam WhatsApp.
Agihan relief yang adil dan boleh dirujuk. Data kekal milik sekolah dalam Google Drive sendiri.
Dan kalau cikgu nak belajar langkah demi langkah, ada 14 video pendek dan panduan lengkap bergambar.
Guna akaun Google sekolah. Data disimpan dalam Google Sheet sekolah sendiri, bukan di server kami.
Masukkan data sekolah, jana jadual dan cuba relief. Semua ciri dibuka selama 14 hari, tanpa bayaran.
Masukkan data, jana jadual, kongsi pautan kepada guru. Suka? Langgan bila-bila masa. Tak suka? Data kekal milik anda.
Cuba percuma 14 hari. Selepas itu pilih bulanan atau tahunan.
Semasa membayar, isi e-mel Google yang sama dengan e-mel log masuk sistem. Lesen aktif automatik dalam beberapa minit.
Tidak. Sistem berjalan dalam pelayar (Chrome, Edge, Safari) di komputer atau telefon. Guru boleh tambah pautan ke skrin utama telefon supaya dibuka seperti aplikasi.
Dalam pelayar anda dan dalam Google Sheet di Google Drive akaun pentadbir. Kami tidak menyimpan jadual atau data guru. Pelayan kami hanya menyimpan e-mel log masuk, nama sekolah dan tarikh langganan.
Boleh dalam kebanyakan kes. Sesetengah akaun DELIMa disekat oleh pentadbir untuk aplikasi luar. Kalau berlaku, guna akaun Gmail sebagai pentadbir. Hubungi kami jika perlu bantuan.
Boleh import senarai guru, subjek, kelas dan bilik daripada Excel. Beban mengajar diisi dalam tab Pelajaran, kemudian sistem menjana jadual.
Boleh, melalui pilihan "waktu berbeza ikut kumpulan kelas". Ciri ini masih Beta, jadi kami galakkan cuba semasa percubaan 14 hari dan beritahu kami jika ada yang tak kena.
Data tidak dipadam. Ia kekal dalam pelayar dan dalam Google Sheet sekolah. Simpanan automatik ke Google Sheets dan pautan guru berhenti sehingga anda perbaharui. Ada tempoh ihsan 7 hari untuk pelanggan berbayar.
Ada panduan bergambar, 14 video pendek, dan kami boleh dihubungi melalui WhatsApp atau e-mel.
Mulakan percubaan 14 hari dengan data sekolah cikgu. Tiada bayaran untuk mula.